Sunday, February 6, 2011

Sembang-sembang

Lama sungguh tak update blog nie.. bukan apa .. semenjak kemunculan Facebook nie, orang seakan sudah melupakan blog... blog nie masalahnya interaksi dia tak 'live' macam Facebook .. mungkin sebab itulah nampakya ramai orang memilih FB untuk berinteraksi berbanding blog ... apa pun tahun 2010 sudah berlalu dan sekarang sudah tahun 2011... pada tahun 2010, nampaknya tahun yang agak produktif jugak bagi saya, Alhamdullillah dalam pelan-pelan nie banyak jugak video-video baru dan lagu-lagu baru yang telah dihasilkan melalui projek Cyber Jammers ... juga siri bercakap dengan gitar telah mencecah 48 siri untuk tahun 2010 ...

Dalam tahun 2010 nampaknya ade banyak jugak perkembangan menarik dalam industri muzik tanahair ...

antara yang saya nak tulis.. dengar kata Metalasia bakal mengeluarkan album baru untuk 2011 .. dengan line-up yang terbaru .. masih mengekalkan King Shah dengan ahli baru Sham Stalin-keyboard dengan Amir Zik - Guitar .. sejauh mana kekuatan line-up baru nie tak dapatla di pastikan lagi, tapi maklumbalas dari gig-gig yang Metalasia untuk 2010 nampaknya amat memberangsangkan ... semoga Metalasia terus menyerlah dengan idea-idea metal yang hebat-hebat ..... Saya rasa Metalasia nie merupakan satu band metal yang sangat 'tegar' .. lagu-lagunya sememangnya metal dan mempunyai approach yang tersendiri ... boleh dikatakan hala tuju muzik Metalasia sememangnya unik dengan muzik yang amat mencabar ...

Satu lagi band yang saya rasa agak menyegat dalam tahun 2010 ialah band Khalifah ... muziknya memang mantap .. beberapa lagu khalifah yang saya dengar sememangnya mempunyai kekuatan instrumen muzik yang tersendiri .... secara amnya saya rasa, lagu-lagu Khalifah memang ditulis untuk memenangi pasaran muzik tempatan.. walau pun pendekatan muzik sememangnya metal dan berat, tetapi lagu-lagunya masih bertemakan 'komersil' ....

Band AlFarabi juga nampaknya terus maju dengan genre muzik rock dakwah mereka... Kumpulan ini terus aktif dengan gigs-gigs yang kebanyakannya mempunya tujuan supaya mendekatkan pendengar mereka ke arah perjuangan berlandaskan Islam... Dengan pendekatan imej yang berani lengkap berserban dan jubah, muzik Al-Farabi semakin mendapat tempat dihati penggemar muzik-muzik rock tempatan....

Cryo Inferno.. band berkonsepkan Metal ... gabungan genre-genre rock seperti industrial metal dan juga dengan riff-riff yang berat dan solo yang bergulung-gulung juga telah mencetuskan fenomena baru dalam industri muzik tempatan ... muzik memang setanding dengan kunpulan metal omputih nie...dalam tahun 2010, Cryo Inferno telah menerbitkan album mereka lagu seperti Radical sudah mula berkumandang dicorong-corong radio tempatan ... kumpulan nie mempunya potensi besar ... muzik memang sentiasa Heavy Duty ....

Hmm banyak lagi nak tulis nie.. sambung pulak la nanti ..ha.ha.ha..

apa pun diharap 2011 akan menjanjikan tahun yang lebih produktif...

No comments:

Mencari Joe Satriani