The Lost Voyage of Pegasus

Tuesday, February 9, 2010

Sedikit Info Mengenai Cyber Jammers

Band Cyber Jammers merupakan sebuah band rock “bebas” dari Malaysia…

Ahli-ahli band

Cyber Guitarist - Sham Jay
Cyber drummer - Not available
Cyber Bassist - Not available
Cyber Keyboardist - Not available

Sham Jay – Guitar, vocal, keyboard and backing track programming .....

Sedikit Latar Belakang Cyber Jammers

(Mungkin tidak 100% tepat - kerjasama anda semua untuk membuat komen atau pembetulan mengenai info amat dihargai)


Sham Jay aka Jon Cyber

Mula bermain dalam band MRSM Muar sebagai keyboardist pada usia 15 tahun. Kemudian menubuhkan the Japanese Boys pada tahun 1986, sebuah band multi-genre dengan line-up Zahir a.k.a Dot sebagai drummer, Wae sebagai vokalis dan Jas “Buah” sebagai guitarist. Semasa selepas SPM, Jon Cyber juga sering mengadakan sessi Jamming dengan Dot, Coach Medon dan Jasman Jabar yang kadangkala menyanyi dengan Faizal “Panjang” bermain bass. Pernah satu masa Dot dengan Jon Cyber menyewa jamming studio dan bermain dengan hanya gitar dan drum untuk melayan “jamming”.


Pada tahun 1988 menubuhkan band di MRSM Kulim dengan line-up Jimae sebagai vokalis, Mat Bob sebagai bassist, Naem sebagai Drummer, Mat Epu sebagai guitarist . Dalam band ini Sham Jay sudah mula mempelbagaikan instrument dengan bermain Keyboard dan Gitar. Membuat dua persembahan konsert di Kulim dimana beliau bermian gitar dan keyboard dalam satu masa. Semasa membuat persembahan secara unplugged di Dewan Tunku Cancellor USM Sham Jay telah berganding dengan Jimae sebagai vokalis, Mat Bob sebagai bassist dan Mat “Azli” Korok sebagai gitaris kedua pada Malam penutup minggu sukan USM.

Tahun 1989, Jon Cyber bersama Mat Bob dan rakan-rakan telah melanjutkan pelajaran di USM Minden Penang. Mereka merombak band yang ada dengan kemasukan dua anggota baru, Mat Bob kekal sebagai bassist, dan menampilkan Drummer Lan “D’Omen’ yang juga handal bermain gitar dan Mossil sebagai gitaris kedua. Band diberi nama D’Flunk. Sham Jay membeli gitar elektrik pertamanya jenama “Aria” pro semasa ingin mengadakan gig Langit Bumi dan Api di USM Minden. Sham Jay selalu mengadakan sessi praktis bersama rakan-rakan di Desa gemilang USM.

Bagaimana pun Sham Jay terpaksa meninggalkan band tersebut dalam tahun 1990 kerana melanjutkan pengajian didalam bidang kejuruteraan di Tronoh. Band D’Flunk terus aktif dan Mat Ali dibawa masuk sebagai pemain drum, sementara Lan D ‘Omen’ mengambil tempat Sham Jay sebagai gitaris. D’Flunk terus aktif di USM Penang dan berjaya menjadi johan pertandingan gitar rancak Minden, membawa lagu instrumental Hillary Ang.

Sham Jay pula menyertai kumpulan band The Mineral Rockers, sebuah band yang agak aktif di USM Tronoh. Band member The Mineral Rockers terdiri daripada Raymond sebagai drummer, Mie Musa sebagai bassist, Aziz Sahar sebagai gitaris dan Man Singapore sebagai vokalis.

Dalam tahun 1992, Mat Ali pula meninggalkan DFlunk kerana melanjutkan pelajaran di Tronoh. Mat Ali kemudian berjumpa dengan Sham Jay dan mula jamming bersama dengan line-up Mie Musa sebagai bassist. Pada masa ini Sham jay banyak mengadakan persembahan-persembahan kecil secara unplugged di malam-malam kebudayaan di USM Tronoh dan pernah mengadakan beberapa sessi “gigs” disekitar Seri iskandar.

Sham jay kemudian mula menjadi versatile dan tidak lagi terikat dengan mana-mana band, dan sering membawa “kawan” baru dalam “gig-gig” di Universiti, antaranya Man Saujud yang sering menjadi vokalis dan pernah berganding bersama membawakan lagu “Tears in Heaven” dan Gemuruh. Mereka juga muncul dalam majlis temasya angklung dan pelbagai lagi majlis-majlis anjuran USM. “Kawan-kawan” lain yang pernah muncul bersama Sham Jay ialah Arif Hakimi, yang pernah menjadi penyanyi undangan,lagu Teratai, Mufek Zailani, Zahari Cengkai muncul sebagai bassist dan Mat “Azli” Koro. Gandingan Mufek, Man Saujud, Zahari “Chengkai”, Mat “Azli” Korok dan Sham Jay pernah menjadi persembahan undangan pada sessi berbalas pantun live dalam RTM Ipoh.

Sham Jay kemudian mula jamming bersama-sama dengan Ir the PM “Batul”, CJ dan Pak Zul dengan Mat “Ilusi” kadangkala tampil sebagai vokalis sambilan di studio jamming Ipoh, tempat band May selalu jamming.

Semasa menyambung pengajian master, Sham Jay sering membawa "line-up" baru untuk gig-gig kat USM, antaranya seperti Zul 'Dayaq' yang pernah muncul semasa minggu penutup siratulrahim dengan membawa lagu Warisan Wanita Terakhir dan instrumental the Last Mohicans.

Selepas menamatkan degree dan master dalam bidang kejuruteraan, Sham Jay mula bekerja di KL. Di KL, Sham Jay sering menagadakan jamming session di Pantai Dalam dengan Bob, Azri dan Man dan kawan-kawan disekitar Flat Seri Angkasa kat Panta Dalam. Sham Jay kemudian menjadi kurang aktif setelah berpindah kerja dari KL ke Kuala Lipis pada tahun 1997.

Pada tahun 2001, Sham Jay membuat kemuculan yang jarang-jarang dengan bermain gitar unplugged semasa majlis perpisahan Kolej PNB mengucapkan selamat tinggal kepada Hayati Jabar yang menyanyikan lagu Jay-jay belaian jiwa. Selepas itu juga Sham Jay telah menghadiahkan gitar kapok beliau kerana konon-konon ingin “menggantung gitar”.

Pada awal tahun 2004, semasa bercuti di kampung Pontian, adik Sham Jay, Jasman telah memperkenalkan software “Guitar Rig” kepada Sham Jay. Kagum dengan keupayaan Guitar Rig, Sham Jay telah meng”install” software tersebut ke dalam komputer beliau. Beliau juga telah membeli gitar “Ibanez” untuk melayan software tersebut. Walau bagaimana pun Sham Jay mula menghasilkan muzik sendiri setelah di”perli” oleh rakan se”jamming” Coach Medon yang mengatakan Sham Jay “tak rock” sebab main lagu Big in Japan semasa gig tahun 1986 di MRSM....

Dalam tahun 2007, Sham jay telah mula menghasilkan lagu secara komputer programming dan menggelarkan “cyber” band tersebut sebagai Cyber Jammers. Dengan menggunakan pelbagai perisian komputer, Sham Jay telah menulis sendiri lagu-lagu tersebut dan dimainkan secara “virtual” dan jamming/recording session dengan komputer.

Lagu-lagu Cyber Jammers mula di”uploadkan” di youtube dan mula didengar oleh pendengar-pendengar youtube dari serata dunia seperti Jepun, Sweden, USA, German dan sebagainya. Seorang peminat dari Goa India diberitakan telah mendownload video Cyber Jammers dan ditayangkan disebuah channel TV di Goa. Peminat tersebut juga telah beberapa kali meminta Cyber Jammers untuk menghantar terus video-video klip terbaru untuk ditayangkan di Goa, bagaimana pun sehingga kini Cyber Jammers masih belum sempat untuk menghantar klip-klip video tersebut.

Sham Jay telah muncul pada Malam penutup di KPM Indera Mahkota dengan bermain gitar dengan Squint “Ahmad” Junior menyanyikan lagu “Tears in Heaven”. Mulai 2009, Sham Jay mula membuat sessi-sessi jamming dengan Squint junior dengan drummer-drummer yang bertukar-tukar. Pada penghujung 2009/ awal 2010, lagu-lagu Cyber Jammers mula diputarkan oleh DJYY diradio MutiaraFM dan juga oleh DJ RnK dalam rancangan Rock Selamba.

Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 3, 2009

Video-video Cyber Jammers di Youtube..

Kepada pendengar-pendengar budiman, boleh melayari inetrnet untuk menonton video-video the Cyber Jammers seperti berikut:

Playlist Cyber Jammers;-

KLIK THE <> Button at the side of the videos to select the videos....


Concerto Series


Cyber Jammers Metal Symphony


Romantic Melodies...


Kalau ade video-video yang unavailable, boleh request segiperkasa untuk upload video-video tersebut, Ok... selamat menonton ....

Wednesday, November 18, 2009

Album Kompilasi - The Cyber Jammers



INSPIRASI

Album Kompilasi dari Cyber Jammers, memuatkan lagu-lagu yang dipetik dari hasil-hasil karya Cyber Jammers di YouTube, McJams dan lagu-lagu lain. Ianya mengandungi 18 buah lagu dengan pelbagai rentak dan pendekatan. Ianya sebuah album instrumental yang penuh dengan alunan solo gitar yang menarik. Walau pun ianya merupakan album kompilasi, kesemua lagu ini sebenarnya belum pernah diterbitkan secara formal dalam bentuk cakera padat atau kaset. Menurut Cyber Jammers, tujuan album ini diterbitkan adalah sebagai bonus kepada peminat-peminat yang selama ini hanya mengikuti perkembangan muzik mereka melalui media internet sahaja.

Jadi dengan adanya album kompilasi ini, peminat-peminat yang sukar untuk men"download" atau yang mempunyai capaian kelajuan internet yang perlahan boleh membeli terus album ini dan memainkan lagu tersebut diradio-radio atau "cd player" mereka .....


Lagu-lagu...

  1. Simfoni Siber
  2. Concerto no.1
  3. Hikmat Setiawan
  4. Lukisan Minda
  5. Balada untuk Siti Aishah
  6. Menacri Ketenangan
  7. I really don’t belong here
  8. Nebula Hitam
  9. Concerto 14-3
  10. Ilusi dan Mimpi
  11. Ditimur jauh
  12. Concerto no. 2
  13. Salahudin Al-Ayubi
  14. Erti Keikhlasan
  15. Concerto no. 3
  16. Fur sarah
  17. Sand of dahna
  18. Masa-masa yang berlalu


Semua lagu-lagu ini telah digubah oleh Cyber Jammers sendiri ...


Saturday, July 11, 2009

Gitaris-gitaris hebat pilihan the Cyber Jammers

Siapakah gitaris-gitaris hebat? Biasanya gitaris-gitaris hebat nie dikaitkan dengan irama rock, sebabnya irama inilah yang menonjolkan gitaris-gitaris dengan gaya yang sensasi... Mungkin rock atau blues jugak, sebab blues pun kekadang bermetaformasis menjadi rock jugak ....

Oleh kerana saya tidak mungkin dapat mendegar semua gitaris-gitaris yang pernah merakamkan album, saya hanya mampu untuk menamakan gitaris-gitaris hebat yang menjadi inspirasi atau pun yang mampu membuat saya terpukau dengan kehebatan mereka, itu pun jika saya terjumpa atau pernah mendengar lagu-lagu mereka ....


Yngwie Malmsteen



Yngwie J. Malmsteen nie memang genius gitar. Dia memang ade bunyi gitar tersendiri dan cara permainannya memang menarik. Skill yang tersohor ialah skill appregiosnya yang memang laju dan melodic... Muzik dia - neoclassical metal ... memang muzik yang "menarik"...


Joe Satriani


Ini lagi satu professor gitar, banyak jugak gitaris yang jadi anak muridnya.... Cara mainnya agak straight forward kalau banding dengan Yngwie ... Muzik dia lebih kepada pop-rock atau glam-rock .. menurut sumber-sumber antara anak muridnya ialah Steve Vai dan kirk Hammet .


Paul Gilbert


Paul Gilbert nie memang sorang lagi "hantu" gitar... skillnya memang menarik, tapi mungkin disebabkan dia terlalu versatile, dan terlibat dengan kumpulan ala-ala pop, mungkin ketrampilannya sebagai gitaris agak kurang menyerlah...


Stanley Jordan


Ni salah seorang gitaris yang memang hebat.... cara permainanya memang unik ... mungkin antara pemain "tapping" terbaik ... dia tapping bukan dengan satu jari aje, semua jarinya pun hidup ...


Tony Mc Alpine


Nie mungkin antara gitaris yang underated .... tak tahula sebab apa dia kurang diberi perhatian oleh gitaris-gitaris, mungkin sebab cara permainannya sama dengan Yngwie kut ...

gitaris lain.... lain kali kita sambung cerita ...


Monday, June 15, 2009

Simple scales, sweeping, appergios and tapping in Eminor

Saturday, June 13, 2009

Malaysian Neoclassical Symphony - Symphony of the Rising Sun

FOREVER IN LOVE

Mencari Joe Satriani

Lagu Ayah dan Bonda