Posts

Showing posts from July, 2010

Rocklive MutiaraFM bersama DJYY

Image
Rocklive ke udara setiap malam Selasa 10.05 malam selama satu jam di MutiaraFM ... Rancangan ini dihoskan oleh DJYY yang terkenal dengan tag line Lapooooooor Diri .... walaupun rancangan ini ke udara hanya satu jam, seleksi yang disediakan sentiasa mantap dan amat menyegarkan ... penuh dengan lagu-lagu yang dinyanyikan secara live dikonsert-konsert yang pastinya suatu koleksi yang eksklusif untuk pendengar ... Rocklive "Ini baru Rock" merupakan rancangan yang patut didengar oleh peminat-peminat rock tempatan. Kali pertama mendengar rancangan Rocklive memang menbuatkan saya betul-betul berpuashati dengan rancangan selama satu jam ini ....... Dengan identiti penyampaian tersendiri, pastinya pendengar tidak akan tersedar betapa cepatnya masa satu jam itu berlalu... Disamping memutarkan lagu, DJYY juga menyelitkan info-info rock yang dikongsi bersama-sama pendengar .... Keistimewaan rancangan ini ialah kebanyakkan lagu yang diputarkan itu merupakan "live" version .....

Rock Selamba MuzikFM bersama bro RnK

Image
Masa mula-mula mendengar rancangan Rock Selamba beberapa tahu lalu, memang sukar nak percaya bahawa saya sedang mendengar sebuah rancangan radio terbitan RTM.... Dengan muzik latar petikan gitarist terkenal Yngwie Malmsteen, membuatkan saya terus menjadikan stesen ini stesen pilihan saya.. Tambah pula waktu siarannya memang strategik, bermula pada pukul 2.00 petang ... Rock Selamba mempunyai trademark tersendiri dengan pembukaan instrumental irama rock dan bermula pukul 4.00 petang, suatu segmen "Rock Suci", akan memaparkan lagu-lagu yang lebih bertemakan cinta, keamanan, kemanusian dan alam sejagat ... Dan dari tahun ke setahun. rancangan Rock Selamba sudah menjadi semakin matang dan sudah menjadi semakin tuntas dengan sajian lagu-lagu rock pelbagai genre .... Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ini adalah antara rancangan radio rock yang paling komprehensif pernah saya dengar... merangkumi boleh kata 99.999999% irama rock dari pelbagai genre ... Jika 5 atau 10 tahun ...