Wednesday, July 28, 2010

Rocklive MutiaraFM bersama DJYY




Rocklive ke udara setiap malam Selasa 10.05 malam selama satu jam di MutiaraFM... Rancangan ini dihoskan oleh DJYY yang terkenal dengan tag line Lapooooooor Diri .... walaupun rancangan ini ke udara hanya satu jam, seleksi yang disediakan sentiasa mantap dan amat menyegarkan ... penuh dengan lagu-lagu yang dinyanyikan secara live dikonsert-konsert yang pastinya suatu koleksi yang eksklusif untuk pendengar ...



Rocklive "Ini baru Rock" merupakan rancangan yang patut didengar oleh peminat-peminat rock tempatan. Kali pertama mendengar rancangan Rocklive memang menbuatkan saya betul-betul berpuashati dengan rancangan selama satu jam ini ....... Dengan identiti penyampaian tersendiri, pastinya pendengar tidak akan tersedar betapa cepatnya masa satu jam itu berlalu... Disamping memutarkan lagu, DJYY juga menyelitkan info-info rock yang dikongsi bersama-sama pendengar .... Keistimewaan rancangan ini ialah kebanyakkan lagu yang diputarkan itu merupakan "live" version ... yang sememangnya jarang-jarang diputarkan di radio.....



Sememangnya rancangan Rocklive ini cukup menggegarkan dan penuh bertenaga .... dan ini membuatkan ianya menjadi salah satu rancangan rock yang saya minati ... harap-harapnya jugak pada masa akan datang slot rancangan ini dipanjangkan kepada 2 jam, ... Rasa-rasanya satu jam sekali seminggu tu memang tak cukup ... apa pun rancangan Rocklive ini memang patut diikutu dan didengari oleh peminat-peminat rock di Malaysia...

Pedengar-pendengar juga boleh menghantar SMS ke-32728 ... taipkan Mutiara Mesej dan hantarkan mesej anda ...





Friday, July 23, 2010

Rock Selamba MuzikFM bersama bro RnK




Masa mula-mula mendengar rancangan Rock Selamba beberapa tahu lalu, memang sukar nak percaya bahawa saya sedang mendengar sebuah rancangan radio terbitan RTM.... Dengan muzik latar petikan gitarist terkenal Yngwie Malmsteen, membuatkan saya terus menjadikan stesen ini stesen pilihan saya.. Tambah pula waktu siarannya memang strategik, bermula pada pukul 2.00 petang ...

Rock Selamba mempunyai trademark tersendiri dengan pembukaan instrumental irama rock dan bermula pukul 4.00 petang, suatu segmen "Rock Suci", akan memaparkan lagu-lagu yang lebih bertemakan cinta, keamanan, kemanusian dan alam sejagat ...



Dan dari tahun ke setahun. rancangan Rock Selamba sudah menjadi semakin matang dan sudah menjadi semakin tuntas dengan sajian lagu-lagu rock pelbagai genre .... Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ini adalah antara rancangan radio rock yang paling komprehensif pernah saya dengar... merangkumi boleh kata 99.999999% irama rock dari pelbagai genre ... Jika 5 atau 10 tahun dahulu orang memberitahu saya lagu Sepultura atau Megadeth atau As-Sahar berkemundang kat radio, memang saya tak percaya, tapi stesen MuzikFM melalui rancangan Rock Selamba telah memulakan suatu revolusi penyiaran lagu yang sungguh berani..... Kini lagu-lagu Dio, Hellowen, iron Maiden, King Diamond dan pelbagai jenis lagu rock "hardcore" sudah boleh dinikmati diradio...

Dengan tagline "Ok Jugak Tu", Rock Selamba semakin hari semakin diminati oleh pendengar-pendengar radio khasnya peminat-peminat irama rock dan metal.... Salah satu inisiatif yang sangat menarik ialah melalui rancangan ini, pendengar-pendengar radio boleh mendengar lagu-lagu yang sangat ekslusif dan "rare", yang kadangkala tidak terdapat dalam pasaran..... RS juga memberi peluang yang cukup luas kepada band-band tempatan yang bergerak secara indie untuk mengetengahkan karya-karya mereka dengan menyiarkan lagu-lagu mereka.



Melalui ruangan SS pula, setiap hari rabu, band-band rock, artis-artis rock atau personaliti yang terlibat dengan industri muzik rock dijemput kekonti untuk sessi sembang-sembang rock dan berkongsi perkembangan terkini serta senario indsutri rock tempatan dan antarabangsa... melalui SS, pendengar-pendengar boleh menghantar pertanyaan-pertanyaan mereka melalui SMS untuk ditujukan kepada artis jemputan dikonti....

Taip MUZIK Nama, Lokasi, Mesej dan hantar SMS anda ke 32776 ...

Apa pun Rock Selamba memang merupakan salah satu rancangan rock yang patut didengari oleh rockers-rockers di Malaysia... Ianya bukan sahaja padat dengan muzik rock yang menyegarkan tetapi juga padat dengan info-info mengenai biodata serta sejarah rock dulu-dulu serta perkembangan rock semasa.........

Untuk peminat-peminat Rock Selamba bolehla menjadi rakan Rock Selamba melalui Rock Selamba Fan Page di facebook....

Mencari Joe Satriani