Tuesday, February 9, 2010

Sedikit Info Mengenai Cyber Jammers

Ramai jugak orang tertanya-tanya pasal Cyber Jammers.... Siapa Cyber Jammers aka Sham Jay nie?

Biodata ringkas dalam bidang muzik... Nama betul Hisham jabar... tapi masa sekolah kat MRSM, orang panggil Mat Jon ... nama tu lekat sampaila ke USM ..... kekadang kalau cakap MAt Jon orang kenal, tapi kalau tanya Hisham Jabar orang tak kenal....

Mula bermain dalam band MRSM Muar sebagai keyboardist pada usia 15 tahun. Kemudian menubuhkan the Japanese Boys pada tahun 1986, sebuah band multi-genre dengan line-up Zahir a.k.a Dot sebagai drummer, Wae sebagai vokalis dan Jas “Buah” sebagai guitarist. Semasa selepas SPM, Sham Jay juga sering mengadakan sessi Jamming dengan Dot, Coach Medon dan Jasman Jabar yang kadangkala menyanyi dengan Faizal “Panjang” bermain bass. Pernah satu masa Dot dengan Sham Jay menyewa jamming studio dan bermain dengan hanya gitar dan drum untuk melayan “jamming”.


Pada tahun 1988 menubuhkan band di MRSM Kulim dengan line-up Jimae sebagai vokalis, Mat Bob sebagai bassist, Naem sebagai Drummer, Mat Epu sebagai guitarist . Dalam band ini Sham Jay sudah mula mempelbagaikan instrument dengan bermain Keyboard dan Gitar. Membuat dua persembahan konsert di Kulim dimana beliau bermian gitar dan keyboard dalam satu masa. Semasa membuat persembahan secara unplugged di Dewan Tunku Cancellor USM Sham Jay telah berganding dengan Jimae sebagai vokalis, Mat Bob sebagai bassist dan Mat “Azli” Korok sebagai gitaris kedua pada Malam penutup minggu sukan USM.

Tahun 1989, MatJon bersama Mat Bob dan rakan-rakan telah melanjutkan pelajaran di USM Minden Penang. Mereka merombak band yang ada dengan kemasukan dua anggota baru, Mat Bob kekal sebagai bassist, dan menampilkan Drummer Lan “D’Omen’ yang juga handal bermain gitar dan Mossil sebagai gitaris kedua. Band diberi nama D’Flunk. Sham Jay membeli gitar elektrik pertamanya jenama “Aria” pro semasa ingin mengadakan gig Langit Bumi dan Api di USM Minden. Sham Jay selalu mengadakan sessi praktis bersama rakan-rakan di Desa gemilang USM.

Sham Jay juga selalu melepak kat bilik Azhar Ahmad sambil bermain lagu popular Wings, "Sekeping Kertas Bermaruah" ...


Bagaimana pun Sham Jay terpaksa meninggalkan band tersebut dalam tahun 1990 kerana melanjutkan pengajian didalam bidang kejuruteraan di Tronoh. Band D’Flunk terus aktif dan Mat Ali dibawa masuk sebagai pemain drum, sementara Lan D ‘Omen’ mengambil tempat Sham Jay sebagai gitaris. D’Flunk terus aktif di USM Penang dan berjaya menjadi johan pertandingan gitar rancak Minden, membawa lagu instrumental Hillary Ang.

Sham Jay pula menyertai kumpulan band The Mineral Rockers, sebuah band yang agak aktif di USM Tronoh. Band member The Mineral Rockers terdiri daripada Raymond sebagai drummer, Mie Musa sebagai bassist, Aziz Sahar sebagai gitaris dan Man Singapore sebagai vokalis.

Dalam tahun 1992, Mat Ali pula meninggalkan DFlunk kerana melanjutkan pelajaran di Tronoh. Mat Ali kemudian berjumpa dengan Sham Jay dan mula jamming bersama dengan line-up Mie Musa sebagai bassist. Pada masa ini Sham jay banyak mengadakan persembahan-persembahan kecil secara unplugged di malam-malam kebudayaan di USM Tronoh dan pernah mengadakan beberapa sessi “gigs” disekitar Seri iskandar.

Sham jay kemudian mula menjadi versatile dan tidak lagi terikat dengan mana-mana band, dan sering membawa “kawan” baru dalam “gig-gig” di Universiti, antaranya Man Saujud yang sering menjadi vokalis dan pernah berganding bersama membawakan lagu “Tears in Heaven” dan Gemuruh. Mereka juga muncul dalam majlis temasya angklung dan pelbagai lagi majlis-majlis anjuran USM. “Kawan-kawan” lain yang pernah muncul bersama Sham Jay ialah Arif Hakimi, yang pernah menjadi penyanyi undangan,lagu Teratai, Mufek Zailani, Zahari Cengkai muncul sebagai bassist dan Mat “Azli” Koro. Gandingan Mufek, Man Saujud, Zahari “Chengkai”, Mat “Azli” Korok dan Sham Jay pernah menjadi persembahan undangan pada sessi berbalas pantun live dalam RTM Ipoh.

Sham Jay kemudian mula jamming bersama-sama dengan Ir the PM “Batul”, CJ dan Pak Zul dengan Mat “Ilusi” kadangkala tampil sebagai vokalis sambilan di studio jamming Ipoh, tempat band May selalu jamming.

Semasa menyambung pengajian master, Sham Jay sering membawa "line-up" baru untuk gig-gig kat USM, antaranya seperti Zul 'Dayaq' yang pernah muncul semasa minggu penutup siratulrahim dengan membawa lagu Warisan Wanita Terakhir dan instrumental the Last Mohicans. Jon Cyber juga sering dilihat membuat "free acoustic mini gigs" kat balkoni desasiswa dan line-up nie kadangkala dikenali sebagai The Balkoni Enterprise dengan vokalis utama Lebai dan rakan-rakan yang lain.....antara lagu favourite masa nie adalah lagu Wings lena diulit mimpi, Cranberries zombie dan lain-lain....

Selepas menamatkan degree dan master dalam bidang kejuruteraan, Sham Jay mula bekerja di KL. Di KL, Sham Jay sering menagadakan jamming session di Pantai Dalam dengan Bob, Azri dan Man dan kawan-kawan disekitar Flat Seri Angkasa kat Pantai Dalam. Sham Jay kemudian menjadi kurang aktif setelah berpindah kerja dari KL ke Kuala Lipis pada tahun 1997.

Pada tahun 2001, Sham Jay membuat kemuculan yang jarang-jarang dengan bermain gitar unplugged semasa majlis perpisahan Kolej PNB mengucapkan selamat tinggal kepada Hayati Jabar yang menyanyikan lagu Jay-jay belaian jiwa. Selepas itu juga Sham Jay telah menghadiahkan gitar kapok beliau kerana konon-konon ingin “menggantung gitar”.

Pada awal tahun 2004, semasa bercuti di kampung Pontian, adik Sham Jay, Jasman telah memperkenalkan software “Guitar Rig” kepada Sham Jay. Kagum dengan keupayaan Guitar Rig, Sham Jay telah meng”install” software tersebut ke dalam komputer beliau. Beliau juga telah membeli gitar “Ibanez” untuk melayan software tersebut. Walau bagaimana pun Sham Jay mula menghasilkan muzik sendiri setelah di”perli” oleh rakan se”jamming” Coach Medon yang mengatakan Sham Jay “tak rock” sebab main lagu Big in Japan semasa gig tahun 1986 di MRSM....

Dalam tahun 2007, Sham jay telah mula menghasilkan lagu secara komputer programming dan menggelarkan “cyber” band tersebut sebagai Cyber Jammers. Menurut Sham Jay, dia memberikan nama kerana terdapat komen-komen didalam youtube yang bertanya kumpulan apa yang memainkan lagu-lagu yang didownloadkan diYoutube . Jadi dengan menamakan sebagai Cyber Jammers, mudah untuk mencari video dan lagu mereka di internet.

Dengan menggunakan pelbagai perisian komputer, Sham Jay telah menulis sendiri lagu-lagu tersebut dan dimainkan secara “virtual” dan jamming/recording session dengan komputer.

Lagu-lagu Cyber Jammers mula di”uploadkan” di youtube dan mula didengar oleh pendengar-pendengar youtube dari serata dunia seperti Jepun, Sweden, USA, German dan sebagainya. Seorang peminat Mr. Bobby John dari Goa India diberitakan telah mendownload video Cyber Jammers dan ditayangkan disebuah channel TV di Goa. Peminat tersebut juga telah beberapa kali meminta Cyber Jammers untuk menghantar terus video-video klip terbaru untuk ditayangkan di Goa, bagaimana pun sehingga kini Cyber Jammers masih belum sempat untuk menghantar klip-klip video tersebut.

Sham Jay telah muncul pada Malam penutup di KPM Indera Mahkota dengan bermain gitar dengan Squint “Ahmad” Junior menyanyikan lagu “Tears in Heaven”. Mulai 2009, Sham Jay mula membuat sessi-sessi jamming dengan Squint junior dengan drummer-drummer yang bertukar-tukar. Pada penghujung 2009/ awal 2010, lagu-lagu Cyber Jammers mula diputarkan oleh DJYY diradio MutiaraFM dan juga oleh DJ RnK dalam rancangan Rock Selamba.

Mencari Joe Satriani