Album Kompilasi - The Cyber Jammers
INSPIRASI
Album Kompilasi dari Cyber Jammers, memuatkan lagu-lagu yang dipetik dari hasil-hasil karya Cyber Jammers di YouTube, McJams dan lagu-lagu lain. Ianya mengandungi 18 buah lagu dengan pelbagai rentak dan pendekatan. Ianya sebuah album instrumental yang penuh dengan alunan solo gitar yang menarik. Walau pun ianya merupakan album kompilasi, kesemua lagu ini sebenarnya belum pernah diterbitkan secara formal dalam bentuk cakera padat atau kaset. Menurut Cyber Jammers, tujuan album ini diterbitkan adalah sebagai bonus kepada peminat-peminat yang selama ini hanya mengikuti perkembangan muzik mereka melalui media internet sahaja.
Jadi dengan adanya album kompilasi ini, peminat-peminat yang sukar untuk men"download" atau yang mempunyai capaian kelajuan internet yang perlahan boleh membeli terus album ini dan memainkan lagu tersebut diradio-radio atau "cd player" mereka .....
Lagu-lagu...
Simfoni Siber Concerto no.1 Hikmat Setiawan Lukisan ...